Cek Nuffnang Pon Ada Tarikh Luput?

Assalamualaikum wbt kepada semua rakan pembaca :)

Wah, bila masuknya bulan baru.. Semua orang dok tunggu-tunggu hasil pendapatan masing-masing kan. Terutama sekali bagi mereka yang bernaung dengan Nuffnang dan Churpchurp. Of course lah kalian akan merajinkan diri untuk jenguk-jenguk peti surat kat depan rumah.

Hari tu, ada yang bertanya kepada Mieya.. pasal tarikh luput cek.


Mesti akan ada berbagai-bagai persoalan di minda korang sekarang nie kan?

"Cek Nuffnang ada tarikh luput ke?"

Okey, Baiklah. Untuk pengetahuan korang semua, setiap apa yang ada disekeliling kita.. Tak kira lah sama ada cek ke, makanan, minuman, even topup handphone sekalipun. Semuanya ada tarikh luput yang ditetapkan oleh pihak pengeluar.



"Berapa lamakah tempoh yang diberikan untuk tunaikan cek?"

Misal kata untuk cek Nuffnang ataupun cek daripada Churpchurp ni...

Untuk pengetahuan, tempoh masa yang diberikan tak tetap. Ada yang valid within 6 months (sah dalam tempoh 6 bulan) dan ada jugak yang valid within 12 months (sah dalam tempoh 12 bulan). Ini semua bergantung kepada pihak yang berkenaan.


"Hmm.. Sayang lah nak tunaikan cek ni. Boleh ke kalau nak simpan sampai dua-tiga tahun lagi?"

hihi.. Spesies macam ini pon ada sebenarnya. Contoh yang terdekat, macam Mieya lah sewaktu mula-mula dapat cek drpd Churpchurp dulu. Sayang sangat nak cashkan cek. Sanggup simpan berbulan-bulan lamanya. 

Tapi bila dapat tahu cek Nuffnang nie ada tarikh luput. Lagi parah bila tarikh cek lagi sebulan nak luput. Terus kelam-kabut pergi google Cara-cara Tunaikan Cek sebelum ajak abang ke bank terdekat. hehehe Tahu takut!

"Macam mana pulak kalau cek dah tamat tarikh luput?"

Kalau korang ada hadapi situasi sebegini.. Mieya sarankan supaya korang terus hantar tiket kepada pihak Nuffnang. Beritahu masalah yang korang hadapi. Insyaallah, nanti pihak Nuffnang akan berikan cek yang baru bagi menggantikan cek yang telah luput tu.


P/S : Alhamdulillah. Mieya baru sahaja terima Cek ke5 daripada Nuffnang. Moga-moga lepas nie, Nuffnang sudi-sudikanlah memberi rezeki lagi untuk blog Mieya.