Masa Terbaik Untuk Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)



Insyaallah, hari ini Mieya nak kongsikan dengan kalian tentang Masa yang sesuai untuk Cash Out Nuffnang.

Seperti yang korang dapat lihat dalam screenshot di atas, itulah earning Mieya selama sebulan setengah ini. Itupon setelah ditambah dengan income daripada Nuffnang Blogbuster. Kalau tak, memang tak mencecah ke angka 100 langsung.

Alhamdulillah. Setakat ini, Mieya sudah menerima 4 keping cek daripada Nuffnang dan masih menunggu cek ke-5 yang dijangka tiba pada bulan September nanti.

Jadi, berdasarkan pengalaman yang ada. Mieya nak kongsikan masa yang sesuai untuk cash out earning di Nuffnang Sebabnya ada rakan-rakan blogger sendiri yang dah lakukan kesilapan sewaktu cash out. Itulah, malu bertanya sesat jalan. Jadi, jangan malu-malu. Hehehe


  1. Masa cashout yang paling sesuai ialah pada hujung bulan (pada 27@28 hari bulan)
  2. Cek Nuffnang mengambil masa selama 30 hari untuk sampai dirumah selepas setiap hujung bulan untuk ahli Gliteratti dan 60 hari untuk ahli Ordinary. Dinasihatkan, jangan cash out awal bulan, akan kena tunggu 2 bulan untuk cek sampai.
  3. Cash out pada atau selepas hari Isnin hujung bulan sebab earning CPC akan diupdate setiap hari Isnin.

Okey. Itu sahaja antara tips yang dapat Mieya kongsikan dengan kalian yang berdaftar dan memasang iklan Nuffnang ye.