Wajah Baru Blog Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu :)

Alhamdulillah. Hari ini, dengan rasminya blog Mieya berwajah baru. Rasa macam bertambah bersemangat nak update blog lepas ini selepas design blog bertukar rupa.

And of course, kali ini terdapat sedikit kelainan pada warna template. Di mana warna krim dipilih sebagai warna utama, manakala warna pink dan coklat sebagai warna sampingan.

Actually, memang dah lama rancang nak ubah template blog secara keseluruhannya. Sebabnya, Mieya pon dah jemu dengan template yang lama. Ditambah lagi dengan kesibukan sebagai seorang pekerja. Nak edit sendiri memang tak ada masa langsung.

So, inilah hasilnya....



And special thanks Mieya ucapkan kepada Sis Myravea kerana sudi melayan kerenah Mieya yang bermacam-macam ragam. Header pon sampai dua kali buat, baru Mieya puas hati. huhuhu  (Cerewet jugak Mieya nie kan?)

Ini pun, ada beberapa part yang Mieya belum siap kemaskini lagi, iaitu dekat menu tabs Kategori, Tips & Resepi tu. Daripada pagi tadi dok mengisi entri-entri, sampai ke sekarang tak siap-siap lagi.

So, Mieya nak tahu jugak.. Apa komen korang dengan wajah baru blog Mieya nie. Okey ke tidak?

Jangan lupa tinggalkan komen. Insyaallah, manalah tahu dapat diguna pakai komen-komen korang nanti.

Terima kasih :)