Transformasi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Bermula dari bulan lepas sehingga lah ke saat ini, Mieya sudah mula merencanakan beberapa perkara yang perlu dipandang serius. Kira macam bajet Malaysia lah, tapi versi bajet blogger 2013. muehehe Suka hati Mieya je nak cipta versi sendiri.


Mengenai apa intipati atau isi kandungan perancangan Mieya tu, tak dapat lah Mieya kongsikan bersama kalian dahulu. Nanti tak surprise lah jadinya.

Maka, nak tak nak; korang tunggu dah lihat sahaja lah.. Apa perubahan kecil, sederhana dan terbesar yan akan Mieya laksanakan nanti. Moga-moga, hasilnya nanti dapat mengembalikan semula momentum blogging Mieya yang telah hilang sejak berbulan lamanya.


Ya, Mieya tahu.. Mesti ada di kalangan kalian yang terasa hati, berjauh hati bila Mieya semakin jarang nak berkunjung ke blog kalian. Walaupun tak ada yang menegur, tapi Mieya dapat rasakan.

Walau bagaimana pun, Mieya cuba sedaya upaya untuk menyeimbangkan antara urusan kerja dengan aktiviti masa lapang, blogging. Lagipun Mieya baru je nak belajar merangkak dalam dunia baru nie. Antara kerja dengan blog, mungkin Mieya masih belum terbiasa lagi nak bahagikan masa.

Tapi dengan berbekalkan kepercayaan dan sokongan kalian, Insyaallah Mieya pasti boleh lakukannya suatu hari nanti.

P/S : Wish me luck !