Samsung Galaxy SIII

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang nie, handphone merupakan antara alat komunikasi yang paling penting selain pos surat, email, facebook, pondok telefon. Okey, cukuplah tu antara contoh yang dapat Mieya kongsikan disini. Macam Mieya, keperluan untuk sentiasa berkomunikasi, hantar sms tak ada lah selalu pon. Kadang-kadang je.

Tapi yang paling Mieya selalu buat ialah networking, iaitu cari kawan baru, wechat-ing, facebook-ing, twitter-ing, share gambar dan belek-belek sikit dalam instagram, download lagu dan main game. Semuanya merupakan favourite kecintaan hati Mieya di kala bosan, takde mood and maybe kalau takde idea nak update blog.

Tapi yang paling tak mengujakan Mieya ialah bila memory card sentiasa full. Walhal bila check, masih ada banyak lagi ruang-ruang kosong. So end up, terpaksa delete lagu, gambar, video, game, aplikasi-aplikasi. Hmm.. Serius tak best !

Maka, setelah dipertimbang-timbangkan beberapa alasan yang munasabah. Idea untuk membeli memory card telah ditolak tepi jauh-jauh bila melihatkan :

  •  kondisi fizikal (kadaan fizikal) handphone yang agak teruk. Calar balar, kesan retak sebab terjatuh. 
  • And then, Mieya rasa adalah perlu untuk mengasingkan antara urusan peribadi dengan entertainment.


Jadi, dalam banyak-banyak handphone yang ada di pasaran. Mieya memilih Samsung Galaxy SIII. haha handphone tak nak ngalah. Nampaknya, jenama Samsung lagi yang menjadi pilihan Mieya selepas Samsung Galaxy Y.

Untuk makluman, Ini kali pertama Mieya beli smartphone dengan menggunakan duit simpanan sendiri. Alhamdulillah, tertunai lah juga antara wishlist Mieya untuk tahun ini.

So far, Mieya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut. Sebabnya Mieya baru sahaja tiga hari menggunakan smartphone nie. Banyak application yang tak download lagi. Tapi.. apa yang Mieya nampak.. camera memang cantik, clear aje.