Lunch di Oldtown White Coffee

Assalamualaikum wbt :)

hahaha.. Sila jangan pelik kenapa Mieya boleh online sedangkan sekarang adalah work hour. Actually, semua kerja Mieya untuk hari ini sudah selesai kesemuanya. Alhamdulillah,  Allah permudahkan urusan Mieya hari ini.

Walaupun awal-awal pagi lagi, mood Mieya agak 'down' sedikit gara-gara order bersepah-sepah di atas meja kerja. Bukan satu meja sahaja yang Mieya sepahkan, tapi 3 meja sekali. Hahaha Memang kerja gila hari ini.

Bos yang datang tengok keadaan Mieya pon dah mula menggelabah semacam. Mana taknya, Mieya seorang  sahaja yang uruskan semua benda. Kerani lagi seorang, turun ke stor bagi menguruskan stok yang sampai. And then, bos terus suruh abang Mieya supaya mencari kerani baru.

Pada waktu lunch tadi, bos belanja kami semua makan di OldTown White Coffee. Alhamdulillah, rezeki dapat makan free lagi hari ini. So, Mieya prefer untuk makan Chicken Chop.



Sebagai makanan tambahan, kami semua prefer nugget, hotdog and fries. Tapi belum sempat nak ambik gambar, dah licin dah semuanya.. hihihi

Oleh sebab dapat makan free hari ini, mood Mieya yang agak bergelora tadi kembali ke paras normal. Walaupun agak tension gila dengan kerenah transporter, tapi Mieya telan je lah. Simpan jauh-jauh dalam hati. Nama pon kerja makan gaji kan? 

Kena banyakkan bersabar lah..