Ada masa-masa tertentu, kita merasakan 24 jam sehari tidak cukup untuk kita lakukan dan selesaikan semua pekerjaan dan aktiviti seharian kita. Dan ada kalanya, kita rasa.. Wah, santainya hari ini... Kerja takde. So, mari kita enjoy!
Korang pernah alami situasi yang serupa juga ke?
Mieya sendiri pon tak tahu. Tetapi, sejak akhir-akhir ini especially selepas cuti hari raya yang lepas. Mieya merasakan bahawa Mieya perlu berlari supaya masa tidak dapat mengejar Mieya. Dengar macam mustahil bukan? Tapi inilah realitinya..
Jawapan kepada persoalan mengapa blog ini kerap kali sepi tanpa sebarang entri.
Mungkin.. inilah yang dinamakan hidup dalam kehidupan. Jadi, tak perlu lah rasanya nak cemburu bila melihat orang lain boleh jadi pengomen tegar di sesebuah blog, boleh menonton tv, layan drama korea di Youtube, melepak mahupun tidur sepanjang hari.
Bersyukurlah seadanya kerana Allah datangkan sesuatu pasti dengan daya kesanggupan kita melakukannya. Semakin kita ikhlas dalam bersyukur atas apapun yang terjadi kepada kita hari ini. Maka hidup/hati kita akan menjadi semakin tenang, damai dan bahagia. Insyaallah.
Last but not least...