Servis bertukar tangan. Weh, ingat nak main badminton ke apa? Pegang raket pon menggigil-gigil tangan kaki, nak hayunkan bulu tangkis lagilah... Belum sempat raket bertemu musuhnya (bulu tangkis), bulu tangkis dah jatuh semula mencecah lantai. haha Tahulah yang Mieya nie tak reti nak main badminton
Okey, tutup cerita. Awal-awal entri dah meroyan semacam, apalah Mieya nie. -.-'
Semalam kan Mieya ada cakap yang barangan dari Zalora yang Mieya dok tunggu-tunggu tak sampai lagi?So, malam tadi after dinner Mieya dok belek handphone Samsung cikai Mieya tu, and I've found that ada 2-3 misscall daripada nombor yang tak dikenali.
And then, ada mesej yang berbunyi seperti
"Post nak hantar zalora. tolong call balik..."
Aiseyh. Baru teringat yang Mieya dan handphone amat lah tidak bersahabat baik seperti dulu. So, memang selalu Mieya tinggalkan merata-rata tempat di pelusuk rumah. Maklum sahaja lah, bukannya ada benda penting yang melibatkan urusan luar atau soal hati dan perasaan. non-hado okey?!
So, tengah hari tadi, Mieya call lah semula nombor tertera and pihak Zalora cakap, dalam pukul 3 petang nie baru barang tersebut akan dihantar. Sebabnya tadi, pihak mereka dah lalu kat kawasan penempatan Mieya and now, kat tempat lain pulak. Hmm..Orait, I'll wait for that.
Sambil-sambil tu, Mieya luangkan masa sebentar bersama blog. Alhamdulillah, siap jugak menulis satu entri untuk tatapan kalian. hehe
_________________________________________________________________________________
UPDATE TERKINI !
Alhamdulillah, barang yang Mieya order telah pon tiba dengan selamatnya pada pukul 2.30 petang tadi. Yeay !