Ahaks. Terkesima punya pasal, jadi serba mereng pulak Mieya nie. ya ya ya kawan-kawan sekalian, Mieya happy sampai senyum telinga ke telinga dan dalam masa yang sama rasa malu yang menebal. Benci tau dengan perasaan sekarang ini.
Ingat lagi tak dengan entri ini (klik sini) ?
Di mana Mieya telah dipelawa oleh pihak Nuffnang dalam menghasilkan sebuah video pendek pasal DiGi Easy Prepaid Blogbuster. Dan yang paling membuatkan Mieya terharu, ramai rakan-rakan blogger yang menyokong Mieya untuk menyertai kempen assignment ini. Serius, Mieya sangat terharu sekali.
Dan alhamdulillah...
video yang Mieya hasilkan telah diapproved oleh pihak mereka. Alhamdulillah.
Seperti yang Mieya canangkan hari tu, Mieya mana reti bab nak membuat video nie. Tapi Mieya cuba juga buat atas sokongan kawan-kawan semua. Dan terhasillah sebuah video simple dengan menggunakan teknik movie maker sahaja. ngeh3
Kalau korang nak tengok, boleh lah klik pada button main video sekali pada iklan DiGi dari Nuffnang di bahagian Leaderboard (atas header) tu. Takde lah lama mana pon video ni, cuma ambil masa 15 saat je.
Jemputlah ramai-ramai klik dan lihat sendiri macam mana rupa video yang Mieya hasilkan. Takdelah kreatif mana. Cuma nak sampaikan mesej walau di ceruk mana sekalipun kita berada, persahabatan yang terjalin antara kita semua takkan terpisah sama sekali.
Terima kasih kepada semua yang sudi sokong Mieya dalam menghasilkan video ini. Tanpa korang, takde lah Mieya bersemangat gigih menyiapkan video tersebut dua hari suntuk tau. Terima kasih sudi bersama Mieya tanpa jemu. Nah love untuk korang! ♥ ♥ ♥
ini lah orang panggil REZEKI. kita tak tahu pasal rezeki kita. Walaupun kita nampak mustahil, tapi kalau ALLAH tetapkan untuk hamba-NYA rezeki itu, semuanya tak mustahil, asalkan ada usaha.