Kemaskini Window Update, Tapi Gagal !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Punya lah hari ini... lepas menonton telenovela Filipina kecintaan hati, iaitu Broken vows di kaca tv, Mieya bercadang untuk berblogwalking ke blog rakan-rakan semua.

Tapi bila turn on sahaja laptop kesayangan, window 7 sedang giat configuring update. Lima minit dah berlalu, ingatkan dah settle dah. Boleh lah online seperti biasa. Tapi hampa. dekstop hompage langsung tak kelihatan.

Tapi yang keluar cuma menatang ini...


Dekat 15 minit juga lah Mieya stuck kat sini. Peluh tak henti-henti dari tadi. Cuak kot. Punya lah Mieya panik lain macam kali ini. terus Mieya capai handphone lalu menggoogle tips bagi mengatasi masalah ini.

And luckily, I've found the ways to solve it. Mieya ikut step yang diberi satu persatu.. tapi malangnya, tak berhasil. Ke Mieya salah teknik nie? (salahkan diri sendiri)

Buntu. Risau dan sangkatan dengannya semua ada. Lantas Mieya tinggalkan laptop begitu sahaja tanpa mematikan plug lalu turun untuk menenangkan diri seketika. Cara paling senang.. makan, isi perut dulu and then baru fikirkan the next step. Bijak betul !

Dalam pukul 6.30 petang.. abah mengajak Mieya ke kedai perabot untuk membeli tilam dan almari buku. Nanti Mieya cerita, okey? tips kedua.. keluar rumah dan hirup udara segar sebanyak mungkin.

Pulang sahaja ke rumah. Mieya terus mengadap laptop semula. Alhamdulillah. Segala-galanya dah kembali pulih seperti sedia kala. Punya lah lama Mieya try and error, mencuba dan menunggu dari pukul 4.30 petang tadi sehingga ke pukul 7 petang. Akhirnya..

Nota kaki : First time hadapi masalah sebegini, kadar risau tu melebihi kawalan perasaan tau. Moral of the story.... just relax, keep calm and still waiting.. Please do not panic and just wait and see.