Alhamdulillah. Lama betul tunggu nak cecah 2222 dan akhirnya tercapai jugak. hehe
Dulu, masa pertama kali Mieya berblog, rasa macam mustahil je nak capai angka macam ni. Bila tengok kawan-kawan punya, rasa best je. Sedangkan Mieya, nak dapatkan seorang pon susah. Dok geleng-geleng kepala je tengok dorang. Tapi sekarang, alhamdulillah.. Syukur.
Ops.. jumlah follower bukan kayu pengukur dalam menentukan sama ada blog seseorang tu popular atau tak. Follower juga bukan semuanya akan kembali untuk membaca post di blog kita. Bukan semua. Mungkin sesetengah daripadanya dan mungkin cuma satu per empat sahaja.
FYI, nombor dua merupakan antara nombor kegemaran Mieya. Jadi, jom kita tengok siapakah follower yang bertuah tu.. Beliau ialah Iqa, si pemilik blog My Journey, My Path. Terima kasih sudi follow blog Mieya.
Kepada follower-follower yang lain, Mieya nak ucapkan jutaan terima kasih juga kerana sudi nak follow blog Mieya yang tak seberapa ini. Tanpa anda, tak berseri dunia blog ini.