Selepas demam Gangnam Style, iaitu tarian kuda atau gaya kengkang yang menjadi ikutan dunia mulai reda. Kini, muncul pula tarian baru yang menjadi kegilaan dunia yang diberi nama Harlem Shake. Sebenarnya...
Apa itu Harlem Shake?
Harlem Shake adalah sebuah tarian yang berasal dari Eskista, sebuah tarian ala Habsyah yang berkembang di daerah Harlem, New York, sekitar tahun 1981. Dan tahun 2001 tarian ini mula dipopularkan oleh seorang rapper bernama G Dep yang memasukkan tarian Harlem Shake di Video klipnya berjudul "Lets Get It".
Asal-usul Harlem Shake yang sebenarnya yang sebenarnya hanyalah sebuah tarian dengan menggerakkan bahu ke depan dan ke belakang. Dan mula popular selepas salah seorang pengguna YouTube memuat naik video parodi dari tarian Harlem Shake yang asli pada awal bulan Februari 2013 yang lalu.
Harlem Shake memang agak jauh berbeza dengan Gangnam Style, di mana Harlem Shake dilakukan di dalam ruang yang sempit mahupun di tempat yang luas.
Tarian ini nampak lebih mudah tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Anda hanya perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Ia dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama. itulah sekilas info dari "Harlem Shake".
Mieya? Sedikit pon tak tertarik dengan tarian ni haaa...walaupun dah tengok video tu. Mungkin sebab Mieya kurang berminat. hehe Pelik jugak, macam mana tarian nie boleh top?