Bibir mengukir senyum, dalam hati siapa tahu?


Assalamualaikum wbt kalian.


"Kita sering tersenyum bahagia namun hati kita bukan begitu gambarannya. Oleh kerana sikap hormat , menjaga hati dan keterpaksaan dalam sesuatu pekerjaan ataupun perhubungan, kita sering berlakon untuk terus senyum di mata semua orang walaupun hati kita menjerit pilu. Terlalu mudah bagi kita mengorbankan perasaan kita sendiri pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa bahawa hati kita menjerit meminta pertimbangan. Ya, benar. Kitalah manusia yang suka memakai 'topeng' pada wajah kita sendiri. Tanpa sedar, selama ini kita hidup dalam keadaan HIPOKRIT!"



Mungkin bagi orang, kalau dia nampak ceria, easy-going, gembira selalu. 
Bibir sentiasa tak lekang daripada mengukir senyuman.
Sering mencuit hati orang dengan keletah dan juga bual bicaranya.

Kita pon rasa,
Wah, bestnya hidup dia, sentiasa ceria selalu.

Ya, itu semua hanya anggapan kita berdasarkan penilaian dari segi luaran semata-mata. 

Tetapi dalam hati dia..? Siapa sahaja yang tahu? 
Tersimpannya satu cerita, cerita yang sukar untuk dikongsi ramai. 
Bak kata pepatah, "Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapak"

Maka, jalan terbaik yang boleh dia lakukan adalah berdiam diri semampu boleh. 

Bibir tersenyum, hati menangis. Walaupun agak negatif, dalam diam ia mampu menerbitkan suatu kekuatan yang luar biasa dalam diri kita sendiri.


Seksanya rasa sekiranya niat serta impian kita mati di tengah jalan. 
Demi menjaga hati ramai orang, kita teruskan jua. 

Dan akhirnya, bila sampai ke suatu tahap, kita sedar apa yang kita usahakan itu berlawanan dengan kehendak diri kita. Sekaligus menyebabkan diri kita rasa sangat terseksa. Hanya Dia sahaja yang faham bagaimana pedih rasanya hati itu.

Di saat semua orang mula meninggalkan kita, 
disaat semua orang memperlekehkan diri kita, 
disaat kita dihina dan di saat kita ditertawakan 

tetapi kita menerima dugaan ini dengan senyuman dan terus tersenyum pada dunia walaupun hakikatnya kita merasa sakit yang teramat. 


Bibir dan hati tidak henti berdoa dan terus berdoa. Meminta agar dikurniakan ketenangan..dipermudahkan dalam segala hal..tetapi..... dalam masa yang sama, diri ini akan terus bertahan sedaya yang mampu.


Sebenarnya kita membina suatu kekuatan dalam diri. Kekuatan ini pula haruslah disulami dengan pemikiran yang positif dengan berkata pada ujian tersebut, Aku tak akan mengalah!”.

Ya Tuhan..berkatilah diriku agar mampu menjadi sekuat insan lain yang daku kenali.