Sungguh excited rasanya setiap kali ingin bercerita mengenai progress terbaru pasal rumah, teratak tercinta bagi Mieya sekeluarga. Kekadang bila time nak susun ayat untuk ditaip disini, sampai terbedik-bedik bijik mata memikirkan ayat yang sesuai.
Jadi, apa kata jikalau Mieya bercerita sambil korang semua dihidangkan dengan gambar-gambar berkaitan dengan renovation di rumah Mieya.
Alhamdulillah, dinding rumah sudah hampir 60% siap diplaster. Manakala yang selebihnya, mungkin esok atau lusa akan disambung kerja-kerja memplaster dinding.
Nampak kan sebatang kayu pengecat di tepi dinding dalam gambar di atas?
Haaa.. Siling rumah juga sudah dipasang dan dicat keseluruhannya. Cuma tunggu masa nak pecahkan dinding dari bahagian dalam untuk dibuat pintu sahaja. Kalau tak dipecah, macam mana pulak kita orang semua nak mendiami bilik baru tu nanti kan? heheh
P/S : Nanti Mieya kongsi cedrita pasal program 1M4U di lain entri. Nantikan ye semua :)