Rahsia Tarikh Lahir Saya. Eh, Macam Betul !

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Contoh tarikh lahir Mieya
2 Februari 1994 
2 + 2 + 1994 = 1998 
1 + 9 + 9 + 8 = 27 
2 + 7 = 9 
9 + 0 = 9 (Jadi nombor lahirnya ialah 9) 


9. Pelakon 
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa pun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9 : Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
 


Nak tahu nombor lahir korang pula?


  • Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada orang yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 

Nak tahu rahsia di sebalik tarikh lahir korang pula?


P/s : Yang di-highlight-kan memang 99.9 peratus ada kena mengena dengan diri Mieya. Manakala yang tak di-highlight-kan itu, kekadang ada dan kekadang takde. Haha macam mana tu?