Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan ikut sesuka hati kita saja. Ada juga pantang larangnya berdasarkan hukum-hukum Islam.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita semua ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.
(Hadis riwayat Bukhari)