Baru je satu petang tak menjenguk blog shumort kesayangan Mieya nie. Bila ada masa yang terluang even sekejap, terus je Mieya cepat-cepat log in blogger.com lalu button View blog diklik. Macam biasa, perkara yang utamanya bila dapat menatap keseluruhan blog cikai Mieya nie, Mieya akan check ruangan cbox Mieya nie.
Scroll down punya scroll down, Mieya terjumpa ini (rujuk pada gambar di bawah)
ip address : 113.210.97.110 |
Hmmm, tahu lah lepas nie Mieya mungkin akan jarang online. At least hiburkanlah hati Mieya dengan ayat-ayat puitis yang penuh dengan kata-kata indah, sedap dimakan macam cekelat Choclaire. Keras diluar, cair di dalam. Baru boleh feeling lelebih sikit.
Tapi realitinya... rasa pahit, pahit sekali.
Hai Mr/Mrs Unknkow,
Nak eja satu patah perkataan dalam Bahasa Inggeris sahaja, iaitu perkataan unknown pon tunggang-langgang habis susunan ejaannya. Ada hati nak speaking konon-kononnya. Puihhh ! Tahulah English saya tak hebat macam awak, but atleast saya masih pandai lagi mengeja daripada awak. wkwkwk
Soal blog saya yang awak kutuk sebab lambat loading tu, saya rasa better awak tanya kat kawan-kawan blogger saya yang lain, Okey? Sebabnya, setakat nie takde pulak kawan-kawan blogger kesayangan saya yang merungut, mengadu atau memberi komen bahawa blog saya lambat loading.
Malah, saya tengok, aktiviti berbalas komen antara saya dengan mereka masih lagi berjalan dengan rancaknya setiap hari. Jadi saya rasa, takde timbul masalah blog lambat loading disitu.
Mungkin, berukband awak demam kot semalam. Maklum lah, sekarang nie kan cuaca agak kurang menentu. Musim panas dan hujan sahaja setiap hari. Even saya sendiri pon boleh demam, apatah lagi dengan berukband awak tu kan?
Atau mungkin juga, awak belum bayar lagi bil berukband awak tu? Macam saya, saya baru je bayar bil broadband saya minggu lepas. Dan alhamdulillah, okey je saya tengok. Lagi bertambah laju tempoh loading blog saya nie ada lah.
Cuma sayangnya, saya kesuntukan masa untuk menghupdate blog. Maklumlah, saya kini sibuk dan terkejar-kejar masa untuk mengajar adik saya dalam semua subjek Tingkatan Satu. Lebih kurang 2 minggu sahaja masa yang tinggal untuk saya menyelesaikan sesi pembelajaran adik saya nie.
Jadi nak tak nak, saya terpaksa tinggalkan hobi saya yang kedua nie buat sementara waktu. Walaupun dalam hati memberontak, nak pulun update blog sehari 3-4 entri. huhu
So, kalau awak rasa, awak tak suka dengan blog saya. Sila-sila lah tekan button X kat bahagian atas sebelah kanan skrin laptop awak tu. Senang kan? Lagipun, saya tak pernah paksa awak untuk singgah ke sini.
Salam sayang,
Mieya Atiera