Lelaki Ini Tak Pernah Menurunkan Tangan Selama 38 Tahun

Assalamualaikum wbt :)

Pagi-pagi lagi, Mieya telah keluar bersama-sama dengan keluarga ke kedai runcit berhampiran bagi membeli barangan keperluan dapur.

Dan setibanya pulang ke rumah, Mieya dimaklumkan oleh abang Mieya bahawa bekalan elektrik terputus. Hampir dua jam lebih juga lah berpanas-panasan di rumah sambil tangan ligat mengipas diri sendiri.

And then, seperti biasa Mieya akan membaca akhbar harian metro, akhbar pilihan keluarga Mieya sejak beberapa tahun lagi. Dan Mieya tertarik pada satu artikel ni yang bertajuk "38 tahun angkat tangan".


NEW DELHI: Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973.
Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.

Manhant dengan tangan kanannya yang diangkat.


Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva.
Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.

Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun. - Agensi

P/s : Tak lenguh ke angkat tangan lama-lama macam tu. Sedangkan Mieya baru angkat tangan lima minit pun dah mengeluh penat, lenguh bagai. huhu