Segmen : Yana Ajak Blogwalking

Assalamualaikum wbt :)

Selamat hari Isnin, permulaan hari bagi minggu yang baru. Wah, rasanya sekejap je masa berlalu pergi meninggalkan kita. Sedar-sedar, kita dah pon melangkah ke hari yang ke-8 dalam bulan Oktober.

Tapi takpe, diharapkan dengan kehadiran hari yang baru ini, sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada calon-calon peperiksaan PMR dan juga SPM mengenai peperiksaan yang bakal mereka tempuhi tak lama lagi. Pandai-pandailah bahagikan masa untuk mengulang kaji serta recap topik-topik yang pernah dipelajari.

Okey. Enough with that. Terlebih panjang pula mukadimah untuk entri kali nie. Ala-ala macam seorang pengetua yang sedang berucap di hadapan pelajarnya. K, perasan. muehehe

Actually, hari nie Mieya nak menjoin satu segmen nie yang bertajuk "Segmen : Yana Ajak Blogwalking". Di mana Mieya telah ditag oleh Adik Shawal untuk sama-sama memeriahkan lagi segmen nie.



Sehubungan itu, Mieya ingin mengajak korang semua untuk sama-sama menyertai segmen ini. Di samping dapat menambah dua tiga orang follower dan pembaca, tingkatkan trafik. Dapat juga mengeratkan lagi hubungan sesama blogger.

P/s : Kalau nak join, tekan kat banner yang comel lote tu okey ?