Jangan Diulangi Kesilapan Lalu

Assalamualaikum dan hai semua :)

Quote untuk hari nie : 


Mieya suka ayat nie. Bila diamati balik quote nie, Mieya teringat perbualan di antara Mieya dan kawan Mieya suatu ketika dulu.

Bila Mieya berterus-terang menceritakan  kesilapan yang pernah Mieya lakukan dulu, maka dengan pantas dia memotong percakapan Mieya. 

"Itu dulu, yang penting sekarang jangan buat lagi."

Mieya terdiam. Tanda setuju. Dan mungkin sedikit terharu. Benar. Setiap kesalahan yang pernah kita lakukan dulu tidak penting sebabnya hal tersebut sudah pun berlaku dan tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengubahnya. Tapi yang paling penting adalah jangan mengulanginya lagi. 

Time can not be turned back. Even we work hard for it

Hargai setiap masa yang kita lalui. Jangan lepaskan. Kerana mungkin kita akan ternanti-nantikan saat itu untuk berlaku lagi. 

Ya. Harapan yang penuh tersirat dalam hati. Akan ku cuba kecapinya dan akanku capai hingga berjaya suatu saat nanti. Apa yang penting, jangan berputus asa. Masa lalu tidak boleh berpatah kembali, tetapi ia akan berulang.

P/s : tetiba teringat lagu daripada kumpulan New Boyz - Sejarah Mungkin Berulang. Mungkin ada kena-mengena walau cuma sedikit.