Bukan Niatku Untuk Menunjuk-nunjuk

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu semua :)

Korang perasan tak, sejak akhir-akhir nie entri Mieya (kebanyakannya) berbaur kegembiraan hati sanubari indah tersergam di jiwa daku. Cehhh, sempat lagi nak bermadah berhelah di awal pendahuluan entri.

(lagak macam seorang gangster)
Cepat lah cerita, apa pulak berita yang gembira sangat tu? sampai boleh bikin hati kami nie bertambah kacau-bilau, tarik muka gara-gara ke-jealous-an yang melampau.

Ala tomey-tomey, rileks-rileks. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Tenangkan diri dulu. Janganlah salah faham dengan lambakan entri-entri Mieya sebelum nie. Niat Mieya hanya untuk berkongsi perasaan teruja bercampur gembira bersama korang semua.

Ye lah, barang baik mana boleh kepam, sorok cerita sorang-sorang. Harus dikongsikan bersama kalian semua. Manalah tahu kalau-kalau lepas nie rezeki korang pulak kan. Misalnya :

  • Menang giveaway/contest ke?
  • Dapat tiket wayang/konsert secara percuma ke?
  • Dapat Campaign Assignment dari Churpchurp ke?
  • Blogger famous datang terjah blog ke?

Haa.. siapa tahu kan kalau korang betul-betul dapat suatu hari nanti? Dan sudah semestinya korang juga akan berkongsikan kisah kejayaan korang bersama dengan orang lain kan? Motif utamanya ialah sekadar berkongsi rasa gembira dan bukannya berniat nak menunjuk-nunjuk. Betul tak?

So, kalau lepas nie Mieya ada update entri mengenai apa-apa sahaja berita yang menggembirakan hati. Diharapkan kalian semua nilailah dari sudut yang positif. Jikalau kalian perlukan apa-apa bantuan mahupun tips, boleh saja tinggalkan komen. 

Dan insyaAllah, Mieya akan cuba dengan sebaik mungkin untuk menerangkan atau membantu korang sedikit demi sedikit.


Salam bertemu lagi kawan-kawan :)