Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian :)
Sebenarnya, Mieya tak berapa reti sangat bila diminta untuk berbicara
soal cinta.
Tapi, memandangkan ada permintaan daripada kawan-kawan. Maka terhasillah entri bertajuk "
Tips Memilih Pasangan" untuk kali nie.
Secara jujurnya, memang
susah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita, jiwa muda kita, ibu bapa kita serta keluarga kita. Kalau boleh, setiap insan di muka bumi ini inginkan pasangan yang sempurna. Namun, ketahuilah.
Takde sesiapa yang sempurna di dunia nie.
Lelaki dan perempuan dicipta untuk melengkapi hidup antara satu sama lain, menutup kelemahan antara satu sama lain. Jadi diharapkan tips-tips berikut dapat membantu korang dalam mencari pasangan dan seterusnya mengekalkan hubungan tersebut.
Agama seseorang itu sangat penting. Korang mestilah mencari pasangan yang seagama. Hal ini demikian kerana, agama yang kuat menjami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Dalam hal ini, tak perlu lah sampai nak cari pasangan yang memiliki rupa paras secantik
Siti Nurhaliza dan setampan
Anuar Zain. Cukuplah sekdar elok mata memandang dan membuatkan kita tak rasa jemu bila memandangnya berulang kali.
Berharta bukannya bermakna kaya dengan wang ringgit. Sebaliknya kemampuan individu tersebut dalam menyara keluarga. Kalau boleh, biarlah lelaki dan perempuan tu sama-sama berharta bagi mengelakkan isu ungkit-mengungkit di kemudian hari.
- Perangai dan akhlak yang baik
Carilah pasangan yang pandai mengambil hati korang. Tidak muda cemburu buta, sentiasa berfikiran positif, saling mempercayai, ikhlas dalam perhubungan. Saling mempercayai antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan.
Kalau boleh, selidik dulu latar belakang keluarga pasangan korang sebelum mengambil keputusan untuk bercinta. Ibu bapa dan keluarga yang baik adalah cerminan yang terbaik mengenai bakal pasangan korang tu.
Dah. Cukuplah setakat disini sahaja. Diharapkan melalui
perkongsian ini, korang semua dapat memilih pasangan yang betul-betul serasi dengan diri korang. Sekian :)