Tips Mengurangkan Tempoh Loading Blog

Assalamualaikum wbt & selamat berhujung minggu :)

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap blogger untuk saling berblogwalking dan berinteraksi dengan blogger lain bagi memastikan orang lain dapat mengetahui kewujudan blog sekaligus dapat menjana kelangsungan trafik ke blog mereka.

Tapi perasan tak, kenapa bilangan pelawat blog korang semakin hari semakin berkurangan? Haaa.. Selain malas berblogwalking, meninggalkan komen atau pendapat, mungkin juga berpunca daripada masalah blog korang yang berat sehingga melambatkan tempoh loading di blog korang.

JOM Check berat blog korang disini ! >>>klik<<<

Jadi, bertepatan dengan topik entri kali nie, Mieya nak sentuh sikit beberapa widget yang berkemungkinan besar menjadi punca kenapa blog korang lambat loading. Berkemungkinan juga, widget inilah menyebabkan blog korang menjadi berat sekaligus tidak mendapat tempat di hati pembaca.

  • Widget Lagu Automatic Play

Sememangnya, widget sebegini tak sesuai diletakkan di blog. Lagi-lagi kalau blog korang diklasifikasikan sebagai untuk bacaan umum. Lainlah kalau blog korang tu bersifat peribadi dan khas untuk tatapan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan sahaja.

  • Widget jam/tarikh/masa
Bagi Mieya, widget ini pon tak perlu diletakkan di blog. Hal ini adalah kerana, di skrin laptop mahupun di PC sendiri, dah ada widget jam, siap dengan pakej hari dan tarikh lagi.

  • Widget Feedjit
Widget feedjit pon merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah blog lambat loading. Tapi, apa yang Mieya dapat lihat, most of blogger menggunakan widget ini untuk mengesan lokasi pembaca mereka. Bagi Mieya tak perlu kot korang letak widget nie di sidebar. Cuba cari widget lain yang lagi compact dan simple.

Dan cadangan lain kalau korang sayang nak buang widget nie ialah dengan membuat page. Senang. Takde lah menyerabutkan kepala hotak nak tengok blog korang yang sedia padat tu. :)

P/s : Kalau korang ada tips lain boleh lah kongsikan di ruangan komen. Terima kasih :)