Tajuk tak boleh belah. Macam promoter yang sedang mempromosikan beberapa jenis produk kecantikan padahal tak pon.
Merujuk kepada tajuk entri kali nie. "Saya Benci Kulit Berminyak". Ya, memang tidak dapat disangkal lagi. Memang semua orang tak suka. Kalau tak percaya, cuba tanya pada sesiapa sahaja di dunia ini, siapa saja yang sukakan kulit berminyak?
Dan sudah semestinya, majoriti dalam kalangan makhluk manusia di bumi ini memang bencikan kulit berminyak. Kulit berminyak membuatkan Mieya gila, menjadi tak keruan lalu mencuci muka melebihi had yang ditetapkan.
Benar. Wajah yang berkilau dan berminyak memang meresahkan Mieya dan membuatkan mood Mieya menjadi suram, dan rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai. Ia memang mengganggu kerana minyak yang berlebihan membuatkan wajah berasa lekit dan tidak selesa. Keadaan kulit yang berminyak cenderung menghasilkan JERAWAT.
Jom tengok aksi Chipmunk yang menggiurkan hati DISINI !
- Gunakan pelembap bebas minyak.
- Bersihkan kulit dua kali sehari dengan pembersih sesuai dengan kulit berminyak.
- Gunakan 'mask' yang sesuai - sebaik-baiknya 2 kali seminggu
- Sentiasa menggunakan toner
- Elakkan solekan tebal dan melekit - Cuba beli produk bebas minyak
- Makan makanan yang berkhasiat - banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Minum air dalam kuantiti yang banyak.
- Bersenam selalu.