Kepentingan Penggunaan Keyword dalam Sesebuah Entri

Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat para pembaca sekalian :)

Ingatkan hari nie Mieya nak rehatkan diri seketika daripada urusan duniawi. sambil melayan lagu-lagu kecintaan hati, sambil melakukan aktiviti berkebun di kebun mini Mieya tu, sambil mengunyah kuih goyang sambil merasai kerangupannya. urmmm

Tapi, disebabkan rasa kebosanan yang melampau, maka menyebabkan terhasilnya entri kali nie. Sesungguhnya... Cis, macam poyo pulak bila baca balik entri kali nie.

Okey, berbalik kepada tajuk entri pada hari nie. Keyword? Apa itu Keyword? Ada apa dengan keyword? Apa kegunaan keyword? Apa manfaat yang kita dapat dari keywords?

Keyword adalah perkataan yang akan ditempatkan atau diulang dan disebut beberapa kali di dalam sebuah artikel. Ketika spider search engine melihat bahawa anda mempunyai perkataan yang diletakkan beberapa kali dalam sebuah artikel, ianya akan menentukan bahawa laman web anda mungkin berguna bagi pengguna yang mencari perkataan tersebut.
Jom tengok aksi-aksi lucu yang dilakukan oleh Chipmunk DISINI !


Ya kawan-kawan blogger sekalian ! 

Penggunaan keyword ini sebenarnya sangat sangat sangat penting. Melalui keyword, sesebuah blog itu boleh  mendapat trafik dari search engine. Hal ini sekaligus membawa para pelawat berkunjung ke blog korang. 

Itu semua terpulang kepada kreativiti korang dalam memanipulasikan penggunaan keyword bagi setiap entri yang korang hasilkan.

Diharapkan perkongsian ilmu kali nie, sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam memajukan diri dalam dunia penulisan alam maya ini. Jom klik sini dan sini sekejap ?  Terima kasih :)