Alhamdulillah, Menang Birthday Giveaway Says.com !

Assalamualaikum wbt dan selamat hari selasa yang ceria semua :)

Alhamdulillah. Bangun pagi terus dapat hirup udara yang segar dek haruman minyak wangi, terus dapat sedut nikmat makanan yang enak-enak. Rasanya macam indah sungguh pagi ini. Semangat sungguh nak taip entri kali nie.


Syukur, alhamdulillah. Rezeki Mieya semakin mencurah-curah sejak kembali aktif menjana pendapatan melalui medium pengiklanan Says nie. 

Kalau hari itu, Mieya ada berkongsi cerita yang Mieya telah memenangi CD Mr. Simple beserta autograf daripada ahli kumpulan Super Junior. Kali ini Mieya dikejutkan lagi dengan khabar berita mengenai kemenangan Mieya dalam Says Birthday Giveaway.


Ya kawan-kawan. Sungguh Mieya langsung tak memasang angan-angan mat jenin mahupun mengharap sangat untuk memenangi giveaway ini. Tapi alhamdulillah, dah rezeki kan? Kecik tapak tangan, dengan besar hatinya Mieya sudi menerima hadiah percuma lagi.


Mesti ada di kalangan kalian yang tertanya-tanya, 
"Mieya menang apa pulak kali nie?"

Rileks. rileks. Tarik nafas, hembuskan kembali. Tarik nafas dan hembus. Actually, kali nie Mieya telah memenangi sebuah motosikal kapcai. kahkahkah. Takde lah, gurau aje.

Okey, kali nie serius. Takde tipu-tipu atau main-main macam tadi. Maka dengan muka ketatnya, Mieya ingin mengumumkan bahawasanya Mieya telah memenangi 




Sekali lagi. Alhamdulillah. Nampaknya sekarang nie, Mieya dah pun membuktikan kepada semua penggemar spam link ads di chatbox yang Mieya pon boleh menang hadiah utama nie tanpa melakukan sebarang penipuan seperti mereka.

Ya, kawan-kawan. Secara jujurnya, Mieya menggunakan kaedah betul seperti yang disyorkan oleh Says >>DI SINI<< iaitu dengan hanya menggunakan medium seperti blog, Facebook dan juga Twitter.

Senang saja untuk menambat hati orang lain untuk klik link kita. Hanya perlukan mencipta ayat yang mengancam, menarik dan berbaur pertanyaan kepada mereka. Contohnya :


Insyaallah, kalau ada rezeki korang, dapatlah nanti. Yang penting, jangan berhenti berusaha okey? Belum cuba belum tahu.