Tips bergaya dalam kadar yang sederhana

Assalamualaikum wbt kawan-kawan sekalian :)

Bila sebut sahaja pasal fesyen terbaru mahupon gaya pemakaian, sudah pasti itulah gosip-gosip yang sering diutarakan oleh cik kiah dan mak bedah. Kalau sehari tak cakap pasal orang daripada atas ke bawah, memang tak sah kan. Mesti ada sahaja yang tak berkenan pada pandangan mereka.

Nahhhh.. Bila cakap sahaja pasal berfesyen ataupon bergaya sakan, ramai yang mengeluh kerana terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Mereka menganggap bahawa berfesyen pasti memerlukan belanja yang besar. 

Sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan unuk kekal bergaya dalam kadar yang sederhana. Sebab itu, adalah digalakkan untuk korang supaya terus menjadi kreatif dalam bergaya. Antara cara yang boleh dipraktikkan :

  • membeli ketika jualan murah
Ketahuilah, waktu jualan murah merupakan waktu yang terbaik untuk membeli-belah. Tak kiralah sama ada di kompleks beli-belah mahupon di jualan gudang, harga yang diberikan adalah murah dan berpatutan. Ketika inilah, korang harus berbelanja sakan memandangkan harga yang ditawarkan cukup berbaloi dengan barangan yang diperoleh.


  • membeli secara online
Di Malaysia sahaja, dah berlambak-lambak wujudnya butik-butik online. Ramai orang yang menceburi bidang ini dan memperoleh keuntungan daripadanya. Harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan. Malah, barangan yang dijual juga mengikuti trend semasa.


  • membeli di pasar malam ataupon bazar
Misalnya dekat UPTOWN, terdapat berlambak-lambak barangan sama ada pakaian atau aksesori yang dijual pada harga yang murah dan berpatutan. Selain, urusan tawar-menawar pasal harga juga boleh dijalankan. Mana tahu kalau-kalau korang dapat membeli pada harga jauh yang lebih murah daripada harga asal. Dengan cara ini, korang dapat mengawal perbelanjaan dengan bijak.


Jadi, jadi, jadi? kita perlulah lebih bijak dalam berbelanja bagi tujuan berfesyen. Lepas nie, tak payah lah lagi takut-takut nak mengeluarkan duit semasa membeli-belah. Pastikan tempat yang dituju bertepatan dengan bajet korang untuk membeli belah. okey?