Sejurus entri ini dipublishkan, Mieya mungkin akan menyiapkan segala bekalan mental dan jugak fizikal terhadap cuti raya cina pada beberapa hari saja lagi. baju-baju, stok makanan dan bekalan air perlu disumbat sebanyak yang mungkin ke dalam beg yang kiut-miut.
Semua ini adalah kerana Mieya akan pulang ke kampung emak dan abah untuk bershopping sakan. bhahaha
Maka dengan ini, entri tak payah nak ditunggu-tunggu selalu lah kan. Jangan haraplah Mieya nak update belog hari-hari. Cuma, sekiranya Mieya terasa rindu-rinduan dengan belog. boleh lah kita berjumpa lagi di entri lain.
kan kan kan?
belog cikai Mieya nie takpe lah kalau tak berupdate, bukannya ada orang baca pon. sobsob Lainlah kalau macam belog Hanis Zalikha, Cik Epal, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan Lyssa Faizureen tu.
Walau jarang mempublish entri di belog pon, orang akan selalu singgah. Siyes, Mieya tengah mengada-ngada nak touching nie.
dah. dah. tak nak merepek lama-lama dah. Belum tentu ada yang sudi tadahkan telinga untuk mendengar bicara hati ke hati yang tak seberapa hebat nie.