Hari yang begitu mengujakan!

Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan blogger sekalian :)

Hari ini merupakan hari yang begitu mengujakan bagi diri Mieya. Dengan tahap kebosanan yang melampau kerana asyik dok terperap saja di rumah. Akhirnya, Mieya mengambil keputusan untuk keluar menyedut udara baru di luar.

Siap paksa abang Mieya suruh bawak Mieya keluar dengan menaiki motosikal beliau. dengan berbekalkan janji nak belikan roti sosej, akhirnya abang Mieya setuju. yeahh!

ekspresi muka eksaited kemain :)

Sebelum keluar rumah, otak dah ligat berfikir. suruh singgah sini, sana dan situ. Dan setibanya Mieya di tempat yang dituju,iaitu Guardian. Mieya buntu. tak tahu nak beli apa. Barangkali terlupa mungkin. Tapi takpe lah. Yang penting hasrat untuk berlegar-legar di luar rumah sudah tercapai.

Hari nie saja Mieya dah berhabis lebih daripada tiga puloh hengget. Niat di hati, nak jugak Mieya ke salon rambut yang berdekatan. tapi, bila tengok poket dah rabak. terus tak jadi.

Itu belum lagi shopping bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina lagi. (mata dah mula terbayangkan suasana shopping complex di Teluk Intan dah nie.)  tak sabar rasanya nak pekene rojak dengan mi rebus yang super mabeles habes tu.

dan yang paling penting, abah dah janji nak belikan henset baru untuk Mieya dengan adik. Maklum lah, semenjak kes kehilangan henset sewaktu Pesta Buku di PWTC tahun lepas. Mieya hanya menumpang kasih dengan henset abang Mieya. sobsob. Nasib baik ada abang yang budiman.

dah lah. Nampaknya hari nie, Mieya terover menaip pulak. yela, mood berblogging dah kembali stabil selepas keluar bersuka-ria tadi. hmmm, nantikan je lah entri yang akan datang. okey?

salam bertemu lagi kawan-kawan :)