Berblogging itu satu kegilaan

Menulis merupakan passionate Mieya. Kegilaan sejak Mieya berumur 10 tahun lagi.

Tapi, waktu tu minat menulis Mieya lebih tertumpu ke arah menyalin lirik lagu je.

Dengar bait-bait lagu daripada walkman. Sekejap tekan butang play. Sekejap tekan butang pause.

Begitulah gayanya Mieya suatu ketika dulu.. Maklumlah waktu dahulu kala, mana ada perkataan lappy, pc, komputer, monitor, tikus-tikus dalam kamus hidup Mieya. Tak pernah dengar pun apatah lagi untuk memilikinya.

Sewaktu umurku 11 tahun, Mieya gemar membaca. Banyak buku yang Mieya baca, tak kiralah sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen. Lalu Mieya menulis satu persatu sinopsisnya ke dalam Buku Nilam.

Pada waktu itu juga, Mieya mula mempelajari teknik-teknik menulis ayat supaya menjadi lebih gramatis, menarik, tertarik kau memang daboommm !

Mieya bernasib baik kerana memiliki seorang cikgu yang berusaha sedaya upayanya dalam mengasah dan meningkatkan lagi kemahiran menulis Mieya sehinggalah akhirnya Mieya berjaya mendapat gred A bagi subjek penulisan.

Kisahku tidak terhenti sampai di situ sahaja. Masih ada beberapa point lagi yang tertinggal.

Mieya juga pernah menulis di dalam sebuah diari. Banyak curahan rasa dan luahan hati Mieya coretkan di situ. Sehinggalah pada suatu hari, rahsia diariku terbongkar secara tidak sengaja.

Mieya malu, malu, malu dan malu. Lantasku capai buku diariku itu, lalu ku koyakkan helaian demi helaian. Mieya carik satu-persatu sehingga bertukar menjadi cebisan-cebisan kertas. Kemudian, Mieya buangkan segala-segalanya ke dalam lautan api yang membara.

Sejak dari hari itu, Mieya jarang menulis lagi. Buku-buku diari tersimpan rapi di dalam kotak bersama buku-buku lama. Mieya hanya menulis sekadar untuk kegunaan kehidupan yang mendatang sahaja seperti belajar dan terus belajar.

Dan sejujurnya, tak pernah sekalipun terlintas di minda dan fikiran Mieya untuk memiliki sebuah belog, tempat dan ruang seperti ini untukku mencetuskan idea, berkongsi pendapat dan pandangan bersama-sama orang lain.

Mieya mengambil keputusan untuk berblogging, hasil kesinambungan daripada hobi Mieya yang terputus di tengah jalan dahulu kala. Cuma, pengalaman menulis di belog ini mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding dengan menulis di diari.

Sebab, pada mulanya Mieya rasa takde seorang pon yang take note pun tentang apa yang Mieya tulis. Jadi, Mieya bebas menulis itu dan ini. Sehinggalah beberapa minggu kemudian, belog Mieya dikunjungi oleh kawan-kawan rapat. Di situ Mieya mula rasa okey , people do read my blog.

Selama Mieya ber"internship", Mieya berfikir dan terfikir, apa yang Mieya nak sangat-sangat buat dari dulu tapi Mieya tak buat-buat sampai sekarang. Then last few days Mieya baru perasan, i never share my imagination story kat orang. Lepas habis type delete. lepas tu type baru delete. 


So people, lepas nie Mieya pasti akan menulis sekerap, sepadat, seringkas yang mungkin dan penuh dengan informasi. Mieya tak mampu nak berjanji sesuatu entri yang menarik, Tapi, Mieya harap my readers can get some benefits by reading my post.