Sila abaikan waktu entri ini dipublish yang tidak seirama dengan entri sebelum-sebelum nie. Buat-buat je macam biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini bukan bermakna Mieya bangun lambat lah. tapi, Mieya terpaksa bangun awal gara-gara aktiviti membaik taraf elektrik oleh petugas TNB pada hari ini.
Baru-baru nie, Mieya ada dapat satu surat kuning daripada abang posmen. Surat denda lah derr. Kata nya, ada sepucuk surat untuk Mieya tapi tak dapat dihantar terus ke rumah gara-gara bayaran pos yang tidak mencukupi. Aiseyhh, siapa punya kerja entah.
Zaman sekarang dah maju. Kalau rasa nak jimat duit, hantar je lah email. kan senang? segalanya terletak di hujung jari sahaja. (cehhh, macam promosi iklan di kaca tv pulak) maaf -_-'
Jadi, Mieya dengan rasa curiga yang menebal telah memaksa abang Mieya untuk menuntut surat berkenaan. Caj denda cuma 50 sen saja dan perlu dilangsaikan demi mendapatkan surat berkenaan.
dan akhirnya, terbongkar jua segala persoalan yang bersarang di minda. Rupa-rupanya surat tawaran belajar daripada Lincoln University College. Sememangnya sudah dijangkakan sejak dari awal lagi. sebabnya tahun lepas, Mieya pernah mendaftar dekat 7-8 buah Universiti/kolej sewaktu Karnival Jom Masuk U dulu.
Lepas baca tiga empat helai maklumat yang telah dibekalkan, maka Mieya sebulat suara dengan abang-abang Mieya dengan rasa rendah dirinya menolak tawaran tersebut. Antara sebab musababnya :
- yuran pengajian yang terlampau mahal.
takpe lah pakcik dan makcik. Mieya sanggup tunggu surat tawaran yang seterusnya walau berkurun lamanya. Asalkan bersesuaian dengan taraf hidup serta pendapatan Mieya sekeluarga. Sudah menjadi prinsip Mieya sejak azali lagi, hidup tidak menyusahkan orang lain.
dah lah. Ayat tunggang-langgang kemain lagi. tak syoknya. tulis panjang-panjang lepas tu tak faham apa yang sedang Mieya repekkan disini. Jadi, sila jangan banyak komplain. harap maklong.
p/s : Actually, kawan Mieya pon ada jugak dapat tawaran yang sama. and kami berdua sepakat mengatakan tawaran ini sememangnya tak boleh pakai.