Jari-jemari mencalit kuah kari beserta pulut kuning di kain buruk emak. Lama sudah
Mieya tak menaip entri yang mempunyai isi-isi berguna. Selalunya, catatan-catatan harian sahaja yang memenuhi ruangan dashboard korang kan? Yaa, Mieya tahu tu.
maaf, ini adalah cukup untuk menerangkan sesuatu yang amat kronik.
sabar.
Sebenarnya ada banyak cerita dan maklumat yang ingin Mieya kongsikan sejak akhir-akhir nie. Oleh sebab kekangan link berukband yang selalu mengundang tiba pada masa yang tidak sesuai telah menyebabkan hasrat murni Mieya itu terkubur sepi begitu sahaja.
tapi kali nie, peluang yang ada tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.
Harus digunakan dengan sebaiknya jugak. Walaupon cerita nie dah agak lama terperam, tapi takpe asalkan niat Mieya yang asalnya adalah untuk berkongsi. Itu sudahpon mencukupi.
Kepada kawan-kawan lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan SPM, terutamanya yang berminat untuk mengikuti kemasukan ke IPTA. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti program ini telah pon dibuka.
Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan masa anda lagi. Bagi sesiapa yang berminat,
sila-silalah berkunjung ke Bank Simpanan Nasional untuk membeli nombor pin UPU sebelum April 2012.
Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui borang permohonan secara online di http://upu.mohe.gov.my
Cepat! Cepat! Cepat! Rancanglah masa hadapan korang bermula dari sekarang!