Jangan dengki atas kejayaan orang lain

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kawan-kawan :)

Walaupun berada dalam kekurangan masa dek kerana sibuk menelaah buku-buku tebal sebagai persiapan menghadapi peperiksaan percubaan. Tetapi, sememangnya jelas menunjukkan betapa ketidak keruannya hati ini seandainya tidak menjenguk belog ini walau cuma seketika. Aiseyh ayat tak boleh blah sungguh !

Bukannya apa, fikiran menjadi bercelaru tatkala memikirkan masa depan yang samar-samar nie. Bermula dengan  peristiwa semasa cikgu memulangkan kembali kertas Matematik Tambahan tadi. Fikiran asyik melayang ke situ je sehinggakan sewaktu nak menjawab kertas soalan Kimia pon masih teringat kertas tadi.

Itulah orang tua-tua kata, barang yang lepas usah dikenang"

Tetapi bagi Mieya, dengan mengenang peristiwa yang lalu kita dapat membantu memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik lagi.

Kalaulah tadi ada kamera, memang nak je tangkap semua riak wajah kerisauan ketakutan dan kecuakan mereka termasuk Mieya sendiri sewaktu nak terima kertas tadi.. Seriously, memang kelakar,  nampak serius je semua muka. ada yang nak nangis pun ada gayanya.


dan apabila dikhabarkan tentang seseorang di sekeliling kita memperoleh markah tinggi, sudah semestinya akan timbul sedikit perasaan cemburu dalam lubuk hati kita.

antara statement yang kita biasa dengar,

  • alah, si A tu anak orang kaya tuisyen sana sini, sebab tu boleh dapat result cemerlang.
  • alah, si B tu asyik bincang jawapan sana sini waktu exam hari tu, so no wonder lah dia boleh lulus.
  • alah, si C tu kan student kesayangan cikgu, mesti dapat soalan bocor punya. sebab tu dia lulus.


hey, boleh tak korang semua berhenti daripada berterusan dengki-mendengki?  Tak boleh ke kalau kita sama-sama bergembira dengan kejayaan orang lain dan jadikannya sebagai contoh dalam diri kita untuk berjaya jugak di masa akan datang? Nie sampai nak tuduh orang tanpa sebarang bukti yang jelas apa ke halnya pulak?

Please lah, berhenti pertikaikan kejayaan orang lain. Sesuatu benda yang kita lakukan takkan mendatangkan apa-apa hasil sekiranya tiada usaha dan strategi yang berterusan. Remember that, rezeki tidak datang bergolek-golek kalau kita tidak berusaha untuk mencarinya.

Jikalau tak dapat jawab soalan yang diberi tak mengapa. asalkan kita jujur. kita dah berusaha, berdoa, tawakal je lah kan. Kalau markah sikit pun, janji kita bukan dapat markah dengan cara kotor seperti meniru ke, minta tiru ke atau bawa nota ke kan. 


Bila kita dapat markah tu, kita kena bersyukur sebab Allah nak beri kita markah macam tu.. Ingat, kalau kita rasa kita yang tercorot, mungkin ada lagi yang tercorot. Rezeki masing masing. 


Mungkin pelajar nie hebat bahagian nie, pelajar lain hebat bahagian lain pulak.. 
Bila dah buat silap tu, cepat cepat tanam dalam diri, untuk buat yang terbaik untuk next peperiksaan. Jadikan kesilapan itu sebagai satu pengajaran bukan satu penyesalan.