Tips Mudah Menghalau Pembaca Blog Anda

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

wahhh, topik kali nie kelihatan agak berbeza daripada biasa.
Kebiasaannya, ramai orang lebih suka memberikan tips-tips yang positif untuk menjadi yang terbaik. Bukannya apa, Mieya cuma ingin menggunakan cara DAN pendekatan yang baru supaya orang lain boleh berfikir "out of the box".

Okay, mari kita ketahui cara-cara yang mudah untuk menghalau meloyakan hati dan fikiran pelawat-pelawat anda.

Pemilihan  template  dan  tema 
Pilih warna dan corak template yang kelihatan luar biasa dan tidak pernah digunakan oleh orang lain..  Kalau anda merupakan seorang pelukis yang kreatif, anda teramatlah digalakkan untuk membuat sendiri template kegemaran anda.

Pastikan template tersebut kelihatan buruk, berwarna garang, menjelekkan mata-mata yang memandang kerana sukar untuk difahami oleh sesiapa pon.

Table  of  contents
Jangan sediakan butang carian (search box), kotak follower dan blog Archieve di blog anda.  Biarkan para pelawat pening kepala untuk mencari arah jalan pulang yang benar.

Halaman  Utama
Pastikan halaman utama anda tidak mengandungi sebarang bentuk penulisan, melainkan gambar-gambar anda sendiri ataupon gambar lembu, monyet dan orang utan yang bersaiz besar gedabak bagi memenuhi seluruh skrin komputer.

Gaya  penulisan  di  Postingan 
Pastikan anda memulakan entri anda dengan ayat pendahuluan yang kelihatan
mengada-ngada seperti ingin meminta pelempang.  Sebagai contoh, gunakan perkataan   "hoiii, para stalker blog aku yang suka copydog dan sungguh menjengkelkan !"

Anda juga digalakkan untuk menulis cerita-cerita yang membosankan, gunakan tulisan yang bersaiz halus serta mempunyai warna yang sama dengan tema template bagi menaikkan seri kemanisan blog anda itu. Mungkin lebih baik, sekiranya tulisan di blog anda kelihatan berkelip-kelip seperti kerlipan kunang-kunang di waktu malam.

Penggunaan widget
Letakkan widget-widget yang banyak dan pelbagai jenis seperti jam dinding, pemain muzik dan video automatik supaya blog anda kelihatan lebih menyerlah.   Pastikan juga anda letakkan pemain muzik dan video automatik yang tiada butang tutup bagi meningkatkan kesabaran pelawat blog anda.

Penggunaan notis dan newsletters
Pasangkan teks-teks yang panjang berjela-jela atau newsletter yang bergerak-gerak dan pastikan newsletter tersebut tiada kaitan dengan blog dan diri anda.   Pastikan juga tiada butang untuk para pelawat menutup newsletter tersebut.

Penggunaaan bloglist
Pastikan anda membuat satu senarai nama-nama yang tidak menekan iklan di blog anda.  Paparkan juga gambar-gambar mereka di blog anda sehinggalah mereka menekan iklan di blog anda sebanyak sepuluh kali seorang.


Sekiranya anda berkesempatan untuk mengikut segala tips yang Mieya paparkan sebentar tadi,  maka teruskanlah usaha gigih anda itu.  Mieya percaya anda akan berjaya membuktikan kepada pelawat-pelawat bahawa blog anda merupakan antara blog yang terburuk di alam maya ini. 

Jadi, anda bolehlah menulis dan membaca entri-entri anda di masa akan datang tanpa sebarang gangguan daripada pelawat.

Macam mana?? Ingin mencuba?? hehe...