Sedang Mieya leka berblogwalking tanpa tujuan dari pagi hari lagi sehingga kini, Mieya sudah dapat menangkap beberapa permasalahan yang sering dialami oleh para bloggers Mieya pasti, terdapat ramai blogger yang sering mengalami simptom tiada idea untuk membuat entri bukan??? Yeah, it's the same with me. Welcome to the club you all !!
Sebenarnya, bukannya kita tiada idea untuk menaip tetapi :
* Terlalu memikirkan sama ada idea untuk entry itu menarik atau tidak?
* Terlalu memikirkan feedback daripada pembaca sehingga tersekat kebebasan berkarya.
* Terlalu memikirkan sesuatu yang complicated sehingga tak nampak isu-isu semasa.
* Terlalu membandingkan hasil entry sendiri dengan entry orang lain.
* Terlalu memikirkan cara membuat sesuatu unordinary daripada orang lain.
* Yang paling utama takde self-confident. Apa-apa yang nak dibuat perlulah self-confident tapi please jangan syok sendiri !!
It is okay and probably could be fine, if you can type any entry at least one or two per week. But, what about if you can't do like that? Sudah tentu trafik korang akan turun dengan serta merta kerana ketiadaan pembaca yang menyerikan setiap sudut blog korang.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengatasi simptom tersebut daripada terus merebak??
Okay, setakat nie Mieya hanya mengupdate tentang apa-apa sahaja yang Mieya rasa nak taip. Dan cara yang paling senang untuk dapatkan idea adalah dengan memerhatikan keadaan di sekeliling persekitaran hidup kita.
Contohnya, apa yang telah berlaku sepanjang minggu tersebut? Isu-isu yang sering diutarakan oleh media massa. Nahhh, dari situ jugak korang cuba olah ayat dan sampaikannya dengan cara yang menarik. Kadang-kadang perkara yang simple tapi kena dengan gaya penceritaan, sudah tentu dapat menarik minat pembaca.
Ada orang suka mendengar lagu untuk mendapatkan feel menaip sesebuah entri.
Ada jugak yang memerlukan persekitaran yang tenang dan mendamaikan seperti Mieya.
Cadangan kalau korang rasa takde idea sangat, rajin-rajin lah blogwalking baca entri untuk mencari idea bukan hanya nak kejar trafik je. Sambil baca entri dapat maklumat berguna dan sekaligus up trafik juga.
Tapi memang tak dapat dinafikan, lain orang lain caranya. Lain cara lain ceritanya !
Dan untuk mendapatkan idea serta penulisan yang baik, bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata. Kena try and error tentang apa sahaja yang sesuai. Macam student yang sedang belajar lah. Ada yang sesuai study lewat malam dan ada yang awal pagi. So, cuba cari keserasian waktu or suasana untuk taip entri. Masa dan mood itu memainkan peranan penting untuk mendapatkan idea yang bagus.
Kalau korang perhatikan dengan lebih mendalam lagi, kebanyakan entry yang Mieya taip entah apa-apa je. Tapi, Mieya tak kisah sangat. Semua itu kan dalam proses pembelajaran. BELAJAR untuk hasilkan entry yang lebih menarik.
Yang penting, jangan sesekali membataskan idea korang untuk menaip.
Selagi kita tidak mencuba, kita takkan tahu resultnya.
Selamat mencuba yaa kawan-kawan. Happy berblogging !!!