Perempuan dan Barang Kemas

Assalamualaikum wbt :)

Baru-baru ini, Mieya telah berkunjung ke sebuah kedai emas Poh Sin yang terletak di Petaling Jaya bersama adik dan juga abah tersayang. Tujuan ke sana adalah untuk menukar set barang kemas kami dua beradik yang rosak seperti putus, kemek dan juga patah. Kira macam trade in lah.

Setelah lima tahun lamanya, akhirnya rosak jugak. Nampak sangat kualitinya yang tak berapa elok. hmm

Time dulu-dulu, abah yang pilihkan kesemuanya. Tapi sekarang, bila dah diberi peluang untuk memilih sendiri set barang kemas mengikut citarasa sendiri. Of course lah, Mieya menggunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya kan?

Cuba teka yang mana satu saya :D

Memandangkan harga emas yang agak turun naik dan sekarang ini sedang menaik. Mieya nak pilih cincin, subang, gelang dan rantai leher pon sedikit teragak-agak. Adik kat sebelah, main pakai tunjuk je nak itu dan ini dengan rakusnya.
Ceh, ayatnya bukan main lagi. Hiperbola habis! -,,-


Maka, sebagai akak yang ingin mempertahankan keadilan di mana di antara Mieya dengan adik seharusnya sama rata, tiada yang lebih mahupun kurang. Terus aje, Mieya cuit adik Mieya sambil berbisik,

Sebelum pilih tu, tengok beratnya dulu. 
Berapa gram? Paling maksimum pon jangan sampai 5g.
Ingat bajet kita sebelum nie !


Ini antara barang kemas pilihan Mieya. Subang, gelang, cincin dan tidak dilupa rantai leher. Manakala barang kemas adik Mieya pula, hampir sama dengan yang Mieya punya cuma tiada rantai leher je. 
Maaf, kualiti gambar agak tidak memuaskan. Maklum sahaja lah, kamera handphone cikai Mieya nie mana mampu untuk menghasilkan gambar-gambar setanding handphone canggih korang tu.

Harga emas sekarang nie semakin tinggi ditambah pula dengan kos upahnya lagi. Tapi setelah mendapat potongan harga, iaitu pada diskaun terakhir yang pihak mereka boleh kasi. Akhirnya total up kesemuanya barang kemas berjumlah RM4010.

Manakala barang kemas yang rosak tadi setelah dikira-kira berharga sekitar RM2460. Padahal dulu beli, tak sampai ke angka dua ribu pon. Tapi sekarang.... nah kau ! Tinggi punya harga woah !

Jadi, setelah ditolak dengan harga barang kemas lama yang telah dijual, maka abah hanya perlu membayar sebanyak RM1550 sahaja. Terdapat banyak penjimatan wang di situ.


P/S : Dari kecik lagi, abah dah pakaikan kami dua beradik dengan perhiasan emas, terutamanya emas 916. Katanya tak rugi kalau melabur dengan emas nie. Bila masa sesak atau berada dalam keadaan darurat, boleh dilabur atau dipajak untuk sementara waktu bagi mendapatkan wang.