Borang UITM, Cop Pengesahan & Medical Check up

Assalamualaikum wbt :)

Hai kawan-kawan semua ! *sambil lambai-lambai tangan 

Seharian tak dapat mengonlinekan diri dek kerana kurang sihat serta kekangan masa dalam menyelesaikan dua tiga jenis perkara sebelum mendaftar ke UITM nanti. Rindunya nak berblogging, blogwalking serta melepak di blog kawan-kawan semua tidak dapat dibendung lagi. Padahal baru sehari. Haisy, macam mana lah kalau sampai minggu-minggu yang seterusnya kan?

Kelmarin (bersamaan hari Selasa), pagi-pagi lagi Mieya dah menapak ke sekolah bagi meminta Sijil asal SPM dan seterusnya cop pengesahan salinan sijil. Tapi malangnya, terdapat banyak benda yang Mieya tertinggal seperti sijil asal,dan juga salinan sijil-sijil yang lain. Borang-borang UITM yang baru di print semalam pon belum diisi lagi.



Jadi, nak tak nak. Mieya terpaksa mendapatkan bantuan abang Mieya untuk ke kedai photostat. Dalam pada masa yang sama, Mieya menggunakan masa yang ada untuk mengisi borang-borang tersebut. Sejurus siap, terus je Mieya hantar ke semuanya ke pejabat sekolah bagi mendapatkan cop pengesahan sekolah. 

Penat betul melayan kerenah kerani yang kekwat nie. Sekejap nak sampul lah, sekejap itu dan sekejap ini. 
Bila ditanya, bila boleh siap? Jawapannya senang, esok datang pukul 2 petang. Hmmm, nak buat macam mana, dah terdesak nak siapkan kesemuanya segera. Redha je lah.

Dan semalam, seperti yang dijanjikan (tepat pukul 2 petang) Mieya dah terpacak di hadapan pejabat sekolah. Dengan badan yang kurang sihat, pening kepala, selsema, batuk, sakit tekak atau senang cerita demam. Keadaan cuaca yang tidak menentu, (pagi panas terik dan petang pula hujan) menyebabkan Mieya tewas juga kepada demam.

Bertemu muka dengan kerani yang sama. Mieya hanya tunjukkan muka sahaja dan salinan sijil-sijil yang telah  siap dicop dikembalikan semula kepada Mieya. Selesai sudah satu masalah.

Selepas itu, Mieya ditemani abang Mieya ke klinik kerajaan yang berhampiran. Terus je Mieya meluru masuk ke kaunter untuk bertanyakan sama ada boleh ke tak nak buat medical check-up disitu. Alhamdulillah, boleh dengan kos bayaran sebanyak RM20 sahaja. Murah je kan?

Untuk pengetahuan semua, sepanjang klinik kerajaan itu beroperasi, ini adalah kali pertama Mieya menjejakkan kaki ke sana. Padahal bukannya jauh pon, dekat je. Cuma, Mieya nie tak suka sangat ke klinik. Selalu kalau demam pun, Mieya cuma akan ke farmasi sahaja untuk membeli ubat.

Terpaksa tebalkan muka bertanya kepada akak-akak di kaunter. Nak pergi ke bilik nombor berapa, lepas tu bilik mana? Macam mana nombor kita akan dipanggil? Terpaksa lah akak tu terangkan satu persatu. Rupa-rupanya kena letakkan kad di depan setiap bilik yang kita nak masuk. (nampak tak betapa blurrr Mieya disitu?)

Ada kahak yang kelihatan disitu. Maklumlah batuk daan selsema.

Mula-mula, check mata. Lepas tu, ujian air kencing. And then timbang berat, ukur ketinggian. Akhir sekali x-ray, part yang paling menyeksakan bagi Mieya. Banyak kali nak kena ulang x-ray balik gara-gara terangkat bahu, tergerak ke sana sini. huhu Seterusnya, Mieya berjumpa dengan doktor bagi mengisi kesemua maklumat laporan pemeriksaan kesihatan Mieya. 

Hampir 2 jam juga lah Mieya disitu. Biasalah, hari Rabu kan? Kebanyakan ibu-ibu yang mengandung kan sibuk nak buat pemeriksaan pada hari ini. Jadi, secara tak langsung, Mieya pon join sama. hekhek segan nya !

P/s : Jika dikira-kira, lagi 16 hari Mieya akan meninggalkan rumah yang tercinta, yakni tempat lahir Mieya. huhu  Padahal buku bank pon tak buat lagi. Barang-barang, semuanya tak berkemas lagi. (Ada hati nak tinggalkan rumah konon-kononnya)