Aurora® SX Whitening Therapy | Review

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Mieya.

Wah, lama betul tak exercise jari jemari untuk berceloteh panjang di sini. Dulu janji nak update blog sekerap mungkin. Tapi dah nak habis bulan April, baru nak munculkan diri balik. haha

Okey, sepanjang 2-3 bulan yang lepas, Mieya dah beli beberapa items untuk dijalankan eksperimen atau ujikaji. Seperti biasa, items tersebut haruslah berkaitan dengan beauty products. Ya lah, sejak bekerja ni kekadang terasa kulit makin kusam, berminyak serta jerawat tumbuh silih berganti. Maklum lah kerja bawah aircond, ulang-alik pergi kerja merempit dengan motorsikal.

Aurora SX Whitening Therapy merupakan supplemen pemutih paling berkesan abad ini walaupon hanya mengandungi 3 bahan utama di dalamnya . Diilhamkan daripada Doktor Pakar Estetik, Aurora SX menggunapakai Pure Glutathione dengan kelebihan kadar penyerapan gluta berganda maksimum yang bertindak pantas menyerap di bawah kulit (Maximum Potential Glutathione). Glutathione juga terkenal sebagai master anti-oksidan yang amat penting bagi kulit.


Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi campuran Glutathione, Idebenone dan campuran Vit C. Di mana produk Aurora merupakan hasil ilham daripada Doktor Pakar Estetik yang berpengalaman dan telah terbukti secara klinikal! Idebenone dikatakan sebagai pengganti kepada Vitamin C disebabkan ciri-cirinya100x menyerap lebih pantas daripada Vitamin C. Idebenone bagus dalam melembapkan kulit dalam masa 1 hari sahaja serta memutihkan kulit dengan pantas. Ditambah pula dengan sifat antipenuaan dan juga menyingkirkan toksin secara berkesan . 

Aurora® SX Whitening
Fenomena Cantik 2015 - Sebiji Sehari Pon Dah Cantik
Harga Asal : RM140
Kandungan : 30 biji/botol

Ini cara Mieya consume Aurora SX setiap hari, iaitu sebiji sehari sebelum sarapan atau lebih tepat lagi semasa perut kosong. Senang sangat, tak perlu susah-susah nak bancuh, atau kunyah. Just telan bersama air. Tak ada apa-apa pantang termasuklah pengambilan caffein sekalipun. I loikee :") Mieya consume Aurora Sx ni tak pernah skip, tak pernah lupa. Memang disiplin betul. And then, pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Panjang betul ayat pendahuluan macam balas dendam dah lama tak mengomel lama-lama disini. hehehe Jadi, nak tunjuk lah sikit tindak balas pada diri sendiri.

Mieya sebenarnya dah start ambil supplemen ni sebulan yang lepas. 3 hari pertama ambil kapsul Aurora SX ni, Mieya perasan kulit muka dah kurang berminyak, terasa macam lembap biasa gitu.Gila happy ya amat, masalah kulit berminyak dah berjaya diatasi seawal 3 hari sahaja. Kesan yang sangat pantas.

Hari ke 7-14 dengan Aurora SX, Mieya perasan yang jerawat di pipi mula kecut. Tapi belum hilang secara keseluruhan ye. Masih ada lagi kesan parut jerawat. Jerawat pon tumbuh seketul dua, tapi cepat je kecut. Amazing betul !


Genap sebulan Mieya berAurora, kulit tampak bersih + glowing sikit. Pori-pori semakin mengecil, parut juga sudah pudar. Cuma belum nampak lagi kesan pemutihan kulit tu. Maybe sebab baru consume selama sebulan kan. Takpe, kita teruskan sampai beberapa bulan dan lihat sendiri keberkesanannya nanti.

Tapi macam mana pon, Mieya memang suka sangat dengan Aurora SX ni. Sebabnya, cara consume yang semudah ABC. Hanya telan sebiji sehari tak perlu bancuh, kesan seawal 3 hari boleh nampak. Tiada collagen, jadi tak perlu pantang kafein serta tak perlu risau berat badan naik atau masalah kulit gatal2 atau risiko mengalami resdung. 

P/S : Sebelum ni Mieya consume Vitamin C 1000Mg Pahang Pharma, alhamdulillah ramai juga lah yang order. But tahun ni, Mieya consume pula Aurora SX. Agak-agak ada tak yang berminat nak place order? Insha Allah harga dijamin murah dan 100% original.