Kebaikan Minum Air Masak / Air Suam

Assalamualaikum wbt :)

Ramai sangat yang mengeluh pasal catuan air di seluruh kawasan Lembah Klang kan? Sama juga lah Mieya. Alhamdulillah, biarpun kawasan perumahan Mieya tak terlibat dengan kes air dicatu ni. Tapi, tetap jugak terasa kesukarannya terutamanya di tempat kerja T.T

Okay, alang-alang dah bercerita pasal air ni.. adalah wajib untuk korang baca entri ini. 


We need watersss
Tahu tak berapa kuantiti air yang tubuh badan kita perlukan setiap hari? Info dekat google sering kata, manusia memerlukan at least 2-3 liter tapi sebenarnya, setiap manusia memerlukan kandungan air yang berbeza depends on our weight.

Jom Mieya kongsikan bagaimanakah cara pengiraannya untuk ketahui kuantiti air yang badan kita perlukan.

Formulanya :


2/3 berat badan manusia dalam unit Pounds (lb) = Jumlah air yang perlu diminum, dalam unit Ounce (oz)

Andaikan berat badan anda 55kg

1) Tukarkan unit kg kepada pounds (55kg = 121.25 lb)
2) Darabkan dengan 2/3 (121.25 x 2/3 = 80.83 oz)
3) Tukarkan unit Oz ke L (80.83 oz = 2.3 L)

So, buat mereka yang mempunyai berat 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari ya !


Bagaimana nak tahu Pengambilan Air Mencukupi?
1) Jarang rasa dahaga
2) Hasilkan 1.5L urine sehari
3) Warna urine jernih, colourless

Ternyata memang banyak kebaikan sekiranya minum air putih ini.  Antaranya : 

1. Menguruskan badan
Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini semestinya mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lancar.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


TAHUKAH ANDA?

Air masak sangat penting untuk tubuh badan kita, tambah-tambah jika kita ambil supplement. If uols ambik supplement berbakul-bakul pun, tak mnum air masak mana nak menjadi?? So, uols kena pastikan minum at least 3LITER air SEHARI. Shhh! Jangan mengeluh tau. Kata nak cantik kan? Hehehe So, kena lah rajin2. Baru lah supplement tu cepat berkesan.