Mieya tak tahu kenapa dengan diri Mieya hari ini. Semuanya menjadi serba tak kena. Baik dari kerja, mood mahupun perut. Semuanya nak protes buat hal dengan Mieya.
Hari ini, Mieya terlewat 5 minit datang ke ofis dek kerana kelewatan abang Mieya tiba di rumah (dari Melaka ke Petaling Jaya).
And then, staff di main company bertanya mengenai order di mana Mieya tersilap hantar saiz tayar. Kena marah dengan bos sebab lupa print list order, tayar tak naik transport.
And now, masa rehat. Sesaja nak release tension dengan membaca blog. Buka Awaiting Comment, tick beberapa comment untuk dipublish. Konon-kononnya nak meneruskan misi membalas jejak serta berblogwalking yang sering tertangguh.
Tapi malangnya, Mieya ter"remove" ke semua komen tersebut. OMG! Apa yang tak kena dengan Mieya sebenarnya nie?
Hmmm.. serius dah mula hilang mood pada hari ini. Semua benda jadi tak kena seolah-olah Mieya seperti sudah hilang arah.
P/S : Minta maaf kalau ada di kalangan korang yang drop comment, tapi Mieya tak balas jejak korang balik. Sorry sangat !!!...