Jerebu yang Semakin Membimbangkan

Assalamualaikum wbt dan salam minggu buat semua :)

Sana sini blogwalking berbicara mengenai isu jerebu yang kian membimbangkan dari hari ke hari. Now, turn Mieya pulak nak mengomel sedikit mengenai keadaan jerebu di kawasan penempatan Mieya, Petaling Jaya.

Pepagi lagi, sewaktu Mieya ingin membuka tingkap bagi menghirup angin segar di kota raya. Mieya dikejutkan dengan segenap ruang angkasa yang putih melepak. Bangunan-bangunan pencakar langit dan rumah flat semuanya kelihatan samar-samar sahaja.

Dan baru sahaja beberapa minit mengambil nafas di luar, Mieya mula merasa sakit tekak, pening kepala, dan sukar nak bernafas seperti selalu.

Tiga gambar di bawah ni merupakan keadaan jerebu semalam semasa OTW ke ofis di Kampung Melayu Subang..




Manakala gambar di bawah pula di kawasan perumahan Mieya. Tak nampak langsung rumah flat kat depan tu..




P/S : Makin teruk pulak rasanya keadaan jerebu pada hari ini berbanding semalam. Lepas nie, kena beli mask banyak-banyak sebagai persediaan awal.