Pengertian Nisfu Syaaban dan Syafaatnya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Kebelakangan ini, Mieya perasan ramai yang mencari maklumat mengenai bilakah hari Malam nisfu Syaaban di ruangan blog Mieya nie.. Maka, baik lah Mieya perjelaskan disini sebagai ingatan buat diri sendiri serta rakan-rakan pembaca semua.

Syaaban membawa maksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan sedemikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Berdasarkan keterangan tersebut, apa yang dapat disimpulkan mengenai pengertian bulan Syaaban ialah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban?

Mieya ada buat entri mengenai pengertian malam nisfu Syaaban disini (klik). Di mana kita semua sebagai umat Islam disunatkan untuk meraikan malam nisfu syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

P/S : Manfaatkanlah setiap masa yang ada dengan mendekatkan diri kepada-NYA. Moga-moga hidup kita dilimpahi rahmat serta mendapat keredhaan daripada-NYA. Amin.