Tips Mengatasi Sindrom Monday Blues

Assalamualaikum wbt :)

Rasanya.. Rata-rata di kalangan rakan-rakan sekalian dah familiar sangat dengan perkataan Monday Blues nie. Betul tak?

Apa itu Monday Blues?



Pada pendapat Mieya.. 

Monday blues itu kebanyakannya dikaitkan dengan seseorang yang tidak bersemangat, sedih, marah, atau perasaan keterpaksaan untuk datang semula bertugas pada hari Isnin setelah menikmati hujung minggu yang bahagia dan menganggap pagi Isnin itu adalah sesuatu yang menjengkelkan. Terutama sekali buat sesiapa sahaja yang mempunyai komitmen sama ada sebagai pelajar, pekerja mahupun sebagai seorangblogger.

Ya, bagi yang bekerja rutin mingguan. hari Isnin memang terasa sungguh berat. Mieya memang sama sekali tak menafikan hal itu bahkan kadangkala Mieya pun turut mengalaminya, khusunya waktu berblog. :D

Monday Blues = Hari Isnin. Kenapa hari Isnin dan bukannya hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu atau Ahad? Kenapa?

Sebenarnya, apa yang orang panggil monday blues itu tak usah dilayan sangat. Kalau dilayan tidak membawa perolehan yang baik pun. Tapi emosi, ya kadang-kadang seperti sukar nak dikawal. Dah lempang-lempang diri sendiri pun masih emosi itu meliar.


Jadi, bagaimanakah caranya nak atasi wabak ini?


Antara tips-tips yang boleh diguna pakai ialah :
1. Set kan dalam kepala hotak masing-masing. Apa tujuan kita belajar/bekerja? Apa matlamat yang seharusnya kita capai? 

e.g : Kita bekerja untuk mencari rezeki walaupun sesuap nasi. Kalau tak datang kerja, bermakna kuranglah income gaji korang. Bila gaji kurang, macam mana nak bayar bil segala, nak biaya duit makan, minyak hari-hari? Think.


2. Plan your day. Takkan lah setiap hari nak mengadap kerja sahaja kan? Cari alternatif lain untuk menghilangkan tekanan kerja serta menghiburkan hati seperti menonton tv bersama keluarga, tengok wayang ke, window shopping. Paling-paling tidak pun, dengar lagu.


3. Selesaikan sebahagian daripada tugasan sebelum tibanya hujung minggu. Elakkan bertangguh Ya, kawan-kawan.. Sebenarnya kalau kita habiskan kerja di awal waktu, otak kita akan lebih relaks untuk beriadah di hujung minggu. Dan semestinya kita akan rasa kurang bebanan setiap kali datang kerja Hari Isnin.


4. Stop complaining and just do your own work. Misalnya, bila korang mengadu tentang seseorang yang korang tak suka ataupun kesukaran yang korang dialami. Itu hanya membuatkan korang fokus kepada mereka. Seterusnya akan menyebabkan adanya jurang di antara rakan sekerja anda dan pengurusan.

Jika korang tak nak hal sebegini terjadi, berhenti mengadu sekarang! Sebaliknya, lihat apa yang anda ada dan mampu mencapainya bersama-sama (team work). Dengan cara ini, akan wujud satu jambatan/pertalian antara satu sama lain.

5. Terima kenyataan. Terima sahaja kenyataan yang cuti rehat korang sudah pon berakhir. Next, apa yang boleh korang lakukan ialah ubah apa yang perlu diubah. Kenalpasti pelbagai cara yang boleh membantu korang untuk mencapai matlamat masing-masing. Lakukannya secara proaktif dan kekal bermotivasi sepanjang hari.


Alhamdulillah. Sepanjang tiga minggu bekerja ni, tak pernah lagi mengalami monday blues. Cuma kekadang hilang mood bila kerja berlambak di atas meja. ngehngehngeh :D