Sedih Sekelip Mata...

Assalamualaikum wbt semua.

Tak tahu nak mulakan entri kali ini macam mana. Serius, mood Mieya down dibadai gelora perasaan sedih.. Untuk pengetahuan, di kala ini Mieya sedang bersiaran langsung di ofis tempat Mieya kerja.

Baru sahaja awal minggu ini, gelang tangan Mieya putus secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Terbaru, hari ini.. cincin Mieya pula hilang. tak tahu lah sama ada tercicir di tempat kerja mahupun di rumah. Tapi, Mieya yakin.. Cincin tu memang ada terlekat di jari Mieya semasa Mieya tiba di ofis pagi tadi.

Mieya terperasan akan kehilangan cincin kesayangan Mieya tu semasa sedang menikmati nasi lemak di waktu lunch tadi.. Itupon selepas terpandang gelang tangan milik rakan sekerja.

Tak tahu lah macam mana nak gambarkan perasaan Mieya di kala ini..

Sedih.. Siapa sahaja yang tak sedih bila barang kesayangan hilang secara tiba-tiba?? Pulak tu, baru 4 bulan Mieya sempat melaram dengan cincin tersebut... Satu jangka masa yang sangat singkat.. huhuhu

P/S : Sedang berfikir-fikir macam mana nak bagitahu mengenai kehilangan si cincin emas kepada kedua orang tua Mieya. hmmm :(