Blog ibarat pentas lakonan

Assalamualaikum wbt :)

Dunia blog...Dunia blog... boleh diibaratkan sebagai sebuah pentas lakonan rasanya. Para pelakonnya, terdiri daripada penulis blog itu sendiri.. Manakala para penontonnya, rata-ratanya daripada para pembaca dan pengomen setia.

Apa yang samanya antara pentas lakonan di dunia realiti dan juga dunia maya adalah.. Masing-masing mencuba dan berusaha untuk menyampaikan "tugas" yang dipikul dengan sebaik mungkin.

Penulis hanya menyampaikan idea melalui penulisannya. Yang menjadi alat dalam menyampaikan wadah penulis adalah... pembaca. Pembaca menilai apa yang mereka baca, mencernakan idea tersebut serta mengaplikasikan sesuatu yang mereka peroleh dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, memberi maklum balas kepada hasil penulisan tersebut. Yang mana boleh dipakai, teruskan lah. Yang mana difikirkan bercanggah, lontarkan sahaja kritikan.



Semua itu saling berkait rapat.. Penulis menghasilkan penulisan untuk dibaca oleh para pembaca. Setelah itu, pembaca menyuarakan semula pendapat mereka... apa yang mereka rasa kepada penulis.

Sebab itu.. setiap komen yang diutarakan oleh para pembaca sama ada positif atau negatif,  perlu diambil kira dalam menjadikan setiap penulisan kita lebih berkesan.

Nota:
1. Kritikan negatif tidak semestinya bermaksud anda gagal.
2. Perlu berfikiran positif apabila menerima kritikan.
3. Perlu berani untuk meluahkan apa yang kita rasa.


P/S : errrr... Korang faham ke dengan apa yang sedang Mieya sampaikan nie?