Cara Mana Yang Korang Suka Bila Berblogwalking

Assalamualaikum wbt dan salam pagi Khamis semua :)

Haa.. Lama rasanya Mieya tak bercerita mengenai blogwalking nie. Sebab apa? Sebab kebelakangan ini, Mieya agak sibuk sikit dengan majlis perkahwinan abang Mieya. Alhamdulillah, dah selesai dah pon. Walaubagaimana pun, Mieya sempat juga berblogwalking ke 3-4 blog. Tinggalkan pesanan apa-apa yang patut.

Rasanya, korang yang baca entri kali nie pon dah tahu apa yang bakal Mieya ceritakan kali nie kan? Apa yang Mieya nak tanya sini adalah cara mana yang paling korang gemar gunakan untuk blogwalking. Guna cara tinggalkan pesanan di chatbox ataupon Ruangan Comment?

Bukannya apa, sejak dua menjak nie Mieya dah jarang gunakan chatbox untuk tinggalkan jejak. Kalau ada pon, di blog yang tiada update terbaru dan blog yang baru pertama kali Mieya kunjungi. Sekarang nie, Mieya lebih suka tinggalkan jejak di ruangan komen selepas membaca entri korang.

Salah satu sebabnya, melalui ruangan komenlah kita dapat meluahkan pendapat masing-masing mahupun berkongsi cerita dan pengalaman. Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama blogger.

Ye lah, melalui ruangan komenlah boleh terjadi komunikasi antara dua hala. Bila pembaca blog memberi respons terhadap entri yang si penulis tulis. Penulis akan rasa hasil penulisan mereka dihargai sekaligus mereka akan membalas kunjungan pembaca blog mereka.

takpe, takpe. Masing-masing ada cara tersendiri kan? Yang penting, jangan sebarkan SPAM sudahlah ye... Haaa.. Korang pula bagaimana cara korang berblogwalking?