Konon-konon, lepas update blog pagi tadi, Mieya nak blogwalking secara pukal dari satu blog ke blog yang lain. Niat di hati kudus lah kononnya. Tapi, apakan daya. Selalu saja niat dan perbuatan tidak bersatu padu.
Pagi tadi, Mieya masih lagi ligat membantu sang emak mengemas rumah setelah dua hari bercuti sakan dek kerana sibuk dengan kenduri kahwin abang kedua Mieya yang diadakan di Melaka. Sejurus sahaja menyidai kain di ampaian, hujan telah turun mencurah-curah dengan lebatnya membasahi bumi. Alhamdulillah, hujan nikmat.
Maka, entri kali nie semestinya lah bukan hanya dipenuhi dengan luahan hati atau keluhan Mieya sahaja. Ohh, tidak sama sekali.
Cuma Mieya nak cerita, sewaktu Mieya berblogwalking semalam. Mieya terperasan satu iklan sedang rancak menari-nari di blog Mieya nie. Dan ternyata telahan Mieya benar, Mieya telah mendapat satu lagi Buffered Earning (iklan CPUV) daripada Nuffnang.
Nie haaa.. iklannya :
Walaupun kekadang, Mieya diakui blog ni jarang nak update dan trafik pon agak tidak menentu. Sekejap okey, sekejap tak. Semuanya bergantung pada mood. hehe
BE Nuffnang kali nie datangnya dari DiGi Prepaid T-ARA Showcase. So, kalau korang nampak iklan kpop tu kat blog Mieya nie, faham-faham je lah ye. Klik jangan tak klik. Hehehe.