Bahaya Penggunaan Polisterin

Assalamualaikum wbt :)


Penggunaan polisterin di kalangan rakyat tempatan bukannya baru dua atau tiga hari bermula. Kita sudah menggunakan bekas polisterin ini sejak dari zaman nenek moyang lagi.

Selalunya, tujuan utama kita menggunakan bekas polisterin adalah untuk memberi kesenangan terutamanya semasa mengadakan jamuan. 

Ini kerana selain harganya murah, ia boleh dipakai buang dan tidak perlu dicuci.
Malah, hampir kesemua peniaga yang menjual makanan menggunakan polisterin untuk membungkus makanan. 

Namun adakah kita sedar polisterin ini amat berbahaya? 

Beberapa tahun dulu negara pernah kecoh mengenai isu ini sehingga memaksa
kerajaan mengharamkan penggunaan polisterin. Namun ia hanya bertahan untuk beberapa bulan, selepas keadaan sudah reda, mereka mula menjual dan menggunakan bekas yang berisiko tinggi ini. 

Penggunaan polisterin boleh mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan
khususnya kanser. Selain itu, polisterin yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semula jadi

Penggunaan Polisterin Semakin Berleluasa

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka mengelaskan stirena
sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.
Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. 

Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan

Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak.
Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. 

Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin. 

Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan. Jadi ia menjadi tanggunjawab bagi semua umat manusia untuk menjaganya, bukan untuk memusnahkannya. 

Selain itu daripada anda sihat walafiat nanti tidak pasal-pasal terkena penyakit. 

Lebih baik mencegah sebelum terlambat! - Mynewshub