Alhamdulillah. Buat pertama kalinya Mieya dapat merasa cek Nuffnang setelah hampir setahun setengah bersama dengan Syarikat Nuffnang dalam arena dunia blogging.
Mula-mula, Mieya tak pasti sama ada cek Nuffnang kali nie akan sampai ke rumah atau tak. Tapi bila dapat payment advice nie, barulah Mieya faham.
Bukan apa, sebelum ini Mieya pernah alami masalah sewaktu urusan cashout, di mana permohonan untuk cashout telah ditolak. Dan alhamdulilllah, kali nie takde apa-apa masalah. Maklum sahaja, baru pertama kali nak merasa duit Nuffnang tau. Bertahun sabar menanti. Hihihi.
Segala puji bagi Allah atas rezeki ini. Terima kasih Nuffnang yang telah mengepos cek duit raya ini. Diharapkan dengan cek Nuffnang yang pertama ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Mieya untuk berblogging lagi.
Insyaallah.