Rasanya, dah ramai kot di antara korang yang dah tahu mengenai penghijrahan pelakon dan pengacara terkenal, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 32, sejak hampir sebulan lalu yang tampil lebih ayu dengan mengenakan tudung.
Ke ada yang masih belum tahu lagi? Okey, jom teruskan pembacaan :
Berkecimpung sebagai anak seni, ibu kepada Suci Hanania Malika Abdul Mutalib, 2, ini tidak pernah menganggap penghijrahannya telah menutup pintu rezekinya.
Menurut wanita kelahiran Muar, Johor ini, sehingga kini, dia masih menerima tawaran lakonan seperti biasa, cuma dia sendiri yang terpaksa menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej barunya.
“Alhamdulillah, semenjak bertudung ini banyak tawaran lakonan yang saya dapat tetapi saya terpaksa menolak dengan cara baik.
“Ini kerana, kebanyakan watak memerlukan saya membuka tudung. Walaupun hanya seketika seperti babak di rumah, saya tidak sanggup melakukannya, maka lebih baik saya menolak tawaran itu,” katanya kepada Zass.
Sumber : www.sinarharian.com